Tabung Penghijauan Dunia Hutan_tropika

Malaysia mencadangkan Tabung Penghijauan Dunia diadakan. Program ini ke arah memastikan 30 % permukaan bumi diliputi tumbuhan hijau pada akhir abad ini. Ketika ini 27.6 % permukaan bumi diliputi dengan tumbuhan hijau. Matlamat yang dicadangkan oleh Malaysia sebanyak 2.4 peratus sehingga tahun 2000 dengan kadar 0.3 peratus setahun adalah memadai. Program ini hanya akan tercapai jika mendapat kerjasama dari negara maju dalam bentuk modal, kepakaran, teknologi hijau dan sebagainya.

Bagaimanapun negara maju yang rendah peratus tumbuhan hijau harus membuat kerja lebih. Contohnya negara Denmark ( 11 %), Perancis (25 %), Ireland (5 %), Itali ( 22 %), Belanda ( 9 % ), Norway ( 26 %), Amerika Syarikat ( 21 %), Switzerland ( 24 %) dan United Kingdom (8 %).

Malaysia sendiri sanggup menetapkan sasaran yang lebih tinggi. Malaysia akan mengekalkan 50 % kawasan hijau sebagai membuktikan komitmen negara ini tehadap penghijauan dunia.